Assalamualaikum....
Anda boleh terus menghubungi kami atau whatsapp di talian 011-1256 6298 pada bila-bila masa sahaja. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami. Serahkan sepenuhnya kepada kumpulan kami. Kami dengan senang hati membantu anda dengan sebaik mungkin. Jika anda hanya sekadar ingin membuat perbandingan dengan bertanyakan upah, pendapat, tips dan apa-apa sahaja yang berkaitan kerja-kerja mengecat dengan senang hati kami bersedia bekerjasama, berkongsi pengalaman dan ilmu bersama anda .
Perkhidmatan yang ditawarkan daripada
kami:
- Perkhidmatan mengecat: Pengunaan jenama daripada ICI Dulux, Jotun, Colourland, Nippon, MCI, Kansai Paint dan Paint Man atau kami juga boleh menggunakan jenama yang anda pilih sendiri. Bagi mereka yang ingin menggunakan jenama ekonomi kami boleh mencadangkan daripada jenama yang kami tawarkan.
- Perkhidmatan hiasan cat: Terdiri daripada Wash Paint, Wood Graining, Marble Paint, Textured Paint (Nippon - Momento), Pattern Paint Roller Effect dan Special Effect Furniture.
- Mural: Terdiri daripada Ruang tamu, bilik tidur pelamin, bilik tidur anak lelaki, bilik tidur anak perempuan, bilik tidur remaja lelaki, bilik tidur remaja perempuan, siling, tadika, sekolah, barber shop, salon, butik, coffe houses, restoran, gymnasium, hotel, komplek membeli-belah dan pelbagai bangunan termasuk ruang bilik, pejabat atau sebagainya.
- Kaligrafi (seni khat): Terdiri daripada jenis khat thuluth, diwani jali, kufi dsb.
Untuk harga upah, anggaran kos
kerja-kerja mengecat sebuah rumah boleh diketahui apabila anda
telah memberikan maklumat seperti:
- Ukuran kawasan dan nyatakan - Sebagai contoh ruang tamu 10’ x 17’, bilik utama 10’ x 14’ atau yang berkaitan untuk dicat. (Jika mudah sila membuat sketch layout)
Contoh persediaan maklumat dan membuat sketch layout
- Ukuran dinding utama (Feature Wall).(Jika inginkan corak hiasan atau mural pada dinding)
- Gambar kawasan untuk dicat.
- Gambar masalah pada permukaan dinding seperti cat tidak melekat, kelembapan, powdery surface, jangkitan kulat, bekas lubang paku, retakan atau lekukan pada permukaan dinding.
Sila ambil gambar kawasan untuk dicat dan nyatakan jika ada masalah pada permukaan
- Jenis dan Warna bersama kod. (Anda boleh google dan pilih diantara ICI Dulux, Jotun, Colourland, Nippon, MCI, Kansai Paint @ Paint Man)
- Jenis cat yang hendak digunakan seperti berkilau (Untuk bahagian dalam sahaja), jenis ekonomi, tahan cuaca (Untuk bahagian luar sahaja) atau jenama yang terkemuka.
- Apakah yang anda suka dan tidak suka tentang tukang cat yang terdahulu. (Jika ada)
- Maklumkan budget anda. Kami sedar untuk mengecat rumah anda adalah pelaburan yang besar. Jadi kami mahu anda mendapatkan sesuatu yang wajar dengan perkhidmatan kami dan kami boleh mencadangkan jenis cat dan skop kerja-kerja mengecat berdasarkan budget anda.
Anggaran akan
siap secepat mungkin dan kami akan maklumkan dengan kadar segera kepada anda.
Untuk anda yang sukar membuat persediaan maklumat tersebut anda tidak perlu bimbang
lagi, kerana kami boleh membantu anda dengan lawatan (site visit). Anda
hanya perlu memberikan alamat rumah yang akan dicat kepada kami. Dengan kadar segera kami akan membuat lawatan ke rumah tersebut bagi
melakukan ukuran keluasan dan pemeriksaan keadaan permukaan.
Ini membolehkan kami
menawarkan harga keseluruhan dari penentuan jenis cat, warna, kuantiti cat dan
termasuk harga upah kami. Kami juga tidak akan
mengenakan sebarang caj pembayaran untuk lawatan dan khidmat rundingan warna tersebut walaupun anda tidak bersetuju dengan harga yang
ditawarkan oleh kami.
Kami boleh menjadi perunding
warna kepada anda.Bagaimanapun, kami perlu mengambil gambar kawasan yang
hendak dicat terlebih dahulu. Selepas itu 3 pilihan minima warna yang sesuai
dibuat dan dieditkan kedalam software
colour supaya anda mudah membuat pilihan yang tepat pada keputusan
terakhir. Ataupun anda
boleh melihat catalog khas daripada
kami.
Jika tawaran harga kami terlalu
tinggi bagi anda, anda berhak menolaknya dan kami anggap itu sebagai sesuatu yang wajar, mungkin
kita boleh bekerjasama dimasa akan datang.
Untuk anda yang bersetuju
dengan tawaran harga kami, kami akan mulakan operasi kerja-kerja mengecat dalam tempoh seminggu atau dalam masa terdekat,
bergantung kepada situasi. Kebiasaannya selepas anda setuju dengan sebut harga
dan pilihan warna yang sudah dibuat barulah kami meletakan anda dalam Job Schedule kami bagi menentukan tarikh
yang lebih tepat. Bagaimanapun, kami akan cuba mencari masa yang dapat menetapi
dengan kehendak masa anda.
Ini
kerana kami ingin menjalinkan kerjasama
dengan anda dalam tempoh yang lebih lama. Kami selalu menerapkan prinsip: “Kepuasan Anda Kejayaan Kami”
Hubungi Kami:
TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG KAMI
DEPARENO MARKETING
( Specialist Decorative Painting ) Lorong Permatang Badak Perdana, Batu 6, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.
No comments:
Post a Comment